May 11, 2005

Pelajar yang malang (2)

Tahukah kenapa aku utarakan tentang kisah pelajar yang malang? Ermm..bukan sesaja. Ingat seronok sangat ke aku nak point balik kat diri sendiri ttg perkara yang aku nampak sbg masalah ni?? Yea, pelajar yang malang adalah kisah sebuah masalah. Dan aku jua dalam permasalahan. Erkk..ape ye masalahnya?

Melihat kisah hari ni. Kisah yang terjadi di Malaysia khasnya. Ermm..cuba pergi kat mana-mana kelas kat Malaysia. Cuba tanya kat pelajarnya ttg topik yang depa dah belajar sebulan yang lalu. Tak payah jauh, tanye ttg subjek minggu lepas. Hah, cuba hitung peratusan yang berjaya menjawabnya. Usah lihat pada sempurna jawapan sebab ramai mungkin kata "dah lama, mana nak ingat setiap baris ayat" Tahu..tapi berapa peratus yg bleh bagi at least isi-isi penting yang depa belajar?? Aku tak tanya banyak, takat point je. Cuba semak..

Inilah halnya. Inilah perkara yang dah lama aku selak dari kain masyarakat kita. Pelajar yang malang. Maaf, aku tanak point kat sesapa tapi seluruhnya tentang pelajar. Ermm..kita skang ni belajar macam takat melepas batuk kat tangga. Setujukah?? Yelah, belajar sebab nak lulus peperiksaan. Belajar sebab nak grade dari U. Belajar hanya kerna reason tu sume. Abis pekse, buku terbang, masuk subjek lain. Abis peksa, lupa segala yg pernah dipelajari dulu. Yea, aku tahu manusia ni mmg zahirnya pelupa. Kalo nak translate kata akar manusia dlm arab pun, maknanya lupa. Lupa itu satu nikmat..wo! Ini kata naqibah aku. [cuba kalian fikirkan maksud nya..]

Ermm..kisah yang malang. Malang sebab kita semua dalam kondisi "exam oriented". Nak exam, kasi baca buku dan berusaha gaya dasat. Tu belum cite yg study last minit (cam aku..hehe) Otak dipasak sehabisnya dan bila exam..muntahkan semua. Bila dah habis muntah, buku pon hilang lenyap. Kesian buku.

Segala cuma sementara. Ilmu itu tak lekat pada qolb. Ilmu itu bergetayangan di sekitar awan. Mana silapnya?? Kerajaan bagi syllibus yang banyak sangat kah?? Cikgu bagi keja umah lebih kah??Atau mmg kita semua tak pandai? nganga je a.k.a spoon feeding. Ermm..malang kan??

Malang sebab ilmu tak tertusuk dalam. Bukan aku nak kata yang manusia ni pemalas. Bukan, cuma nak mengingatkan kembali pada diri yang nilai ilmu itu terlalu mahal. Ilmu tak merasuk dalam jiwa setulusnya dan itu antara sbb kenapa bila beralih topik baru, kita lupa yang lama.

Ada cara nak mengingat dgn baik. Dueng pun ada kasi tips. Yang tua mungkinlah cenderung untuk menjadi pelupa tapi yang muda ni...isk! Pun, aku kena terima manusia takde yang sempurna. Tapi kan, nape agaknya kita suka terima je kekurangan? Kenapa kita tak cuba nak baiki sesuatu yang kurang tu?? Akh Muhtar pernah utarakan ayat-ayat ni, kalo tak silap la. "Nobody is perfect but on the other hand..if there is practice, it goes to perfect" [garu kepala..garu dan garu]

Aku cuma nak sentuh hal pelajar. Ya, hal pelajar dan dunia pelajaran. Aku terasa tempias sendiri. Cuba kalo ditanya tentang subjek sem lepas..peluh nak jawab.

So, tanamlah ilmu tu dalam-dalam. Bubuh gam pelekat kasi kuat. Ilmu itu Nur dan hanya Nur boleh menyuluh kehidupan. Nur tak boleh bersatu dgn maksiat.

Buat aku. Untuk aku. Dan aku kongsi dgn kalian yang sudi berfikir. Ilmu tu penting dan malang ini telah berlaku..ilmu menjauh tak kembali. Lihat, semak..mana pergi keberkatan ilmu tadi. Ila liqo'

2 comments:

dueng said...

assalamualaikum along,
psl dasar pendidikan kat malaysia ni, saya mmg agak kritik jgk since mmg exam oriented. student hanya pulun bila exam je. study bkn utk hidup.

saya pun kalau subject tu saya tak suka mmg saya cuba melupakan subject tu (tp ada jgk yang igt sikit2). contohnya cam subject account, mmg mimpi ngeri la bg saya. almost fail. psl tu saya mmg cuba sgt lupakan mimpi ngeri subject account.

apapun, yang penting sekali bila belajar...kenalah ada usaha nak igt. konsentrasi kena 100% (takleh lebih since that the only percentage exist). lg satu, memori manusia ni akan kekal lebih lama kalau lepas jer kita dapat ilmu tu terus kita rehearse (baca balik or what so ever la). akan kekal lebih lama. ada certain ilmu yang mmg susah sikit nak kita paham, susah sikit nak kita ingat since terlampau byk fakta then cubalah igt yang basic yang jadi basis kepada ilmu tu. saya alhamdullillah masih igt psl subject kimia time sekolah menengah (since this is my favorite subject). well, ilmu yang kita belajar dgn rela dan penuh minat (yer...sekalipun susah tak hingat) akan tetap kita ingati.

apapun, kita kena selalu asah minda dgn berfikir (perkara yang susah sgt orang melayu nak buat) dan berhujah. selalu lah cabar kemampuan minda kita dalam pelbagai bidang dan macam saya dgn adik2 saya, kami mencuba indoor game macam UNO Card, Sahiba, Saidina utk mencabar minda. mencabar minda sambil berseronok.

lagi satu, cubalah membaca bahan ilmiah yang kita minati (macam saya suka baca psl apa saja; agama, alam sekitar, journal, majalah, komik, novel) dan melihat dan mengkaji persekitaran kita. secara kesimpulan adalah kita mesti mengajar akal kita bekerja 24 hours. sentiasa berfikir. itu yang terbaik utk kemantapan akal.

insyallah, saya pun bukanlah genius dan bijak sgt tp kita cuba sama-sama dan semoga kita dapat mengasah minda kita. sekarang ni minda saya pun dah makin tumpul since dah lama tak berfikir dgn mendalam. hehehehe. semoga kita mendapat sesuatu.

mira said...

salam.

dr fadzilah kamsah kata: Ilmu yang ada kaitan dengan emosi akan lebih kekal.

sebab tu, dia minta kita senyum [ceria] bila nak dapat ilmu.

selalunya subjek yang ada kaitan dengan hidup sehari² kita akan ingat, sebab kita guna ia. kalau ia tak ada, kita tak boleh hidup.

tadah dengan paksa memang tak ke mana. balik takkan ingat apa². ya lah, tak ikhlas... tu memang yang aim untuk periksa. yang rasanya takkan guna dalam kerjaya nanti.

2 fenomena ni memang takkan lari. sebab kita manusia, akan ada benda yang kita suka dan tidak [kerana kerjaya adalah minat dan sedar].

jadi, macam mana nak jadikan ia ilmu, bukan sekadar maklumat? [maklumat jadi ilmu setelah diproses hati].

kaitkan dengan hidup. seperti saya cuba kaitkan bisnes dengan saya sekarang.

alhamdulillah, dah boleh terima akaun ;)